MAKANAN UNTUK MEMBERSIH ARTERI (DAILY EXPRESS 24 Sept 2011)
Sesetengah makan amat baik untuk membersihkan arteri yang tersumbat dan melancarkan peredaran darah.
Memandangkan aterosklerosis adalah proses penuaan semula jadi, maka memilih makanan yang baik dan teratur serta menjadikan menu utama baik dan teratur serta menjadikan menu utama baik untuk kesihatan dalam jangka panjang. Malah, kajian mendapati arteri mula membersih dengan sendirinya apabila anda mula makan dengan teratur.
Berikut merupakan sebahagian makanan yang melebarkan saluran darah, mengurangkan artieri tersumbat atau membantu membersihkannya.
JUS DELIMA
Segalas jus delima yang diminum setiap hari boleh membersihkan arteri dan melancarkan pengaliran darah.
Kajian yang dilaporkan dalam Proceeding of The National Academy of Sciences 2005) menunukkan jus delima boleh mencegah pengerasan arteri dengan mengurangkan kerosakan pada saluran darah, malah membalikkan perkembangan masalah ini.
Dalam kajian ke atas sel-sel manusia yang melapisi saluran darah yang terdedah kepada stress fizikal secara berlebihan, misalnya berlaku kepada tekanan darah tinggi, sel-sel yang dirawat dengan jus delima didapati kurang mengalami kerosakan akibat stres.
Jus Delima merangsang penghasilan nitrit oksida, iaitu bahan kimia yang membantu bukaan arteri dan membiarkan darah mengalir.
Menurut penyelidik, kesan jus delima ke atas pengerasan arteri adalah disebabkan kandungan antioksidannya jauh lebih banyak daripada yang terkandung di dalam jus-jus seperti beri biru (Blueberry), kranberi (Cranberry) dan oren (orange).
Antioksidan diketahui boleh melawan radikal bebas didalam tubuh yang menyumbang kepada penumbulan plak.
Satu artikel yang diterbitkan dalam American Journal of Cardiologi) melaporkan pengaliran darah pesakit yang keras arterinya meningkat 17 peratus selepas meminum jus delima setiap hari. Keperluan yang disarankan bagi kesihatan kardiovaskular yang baik ialah 20ml (1 ½ sudu besar) jus pekat delima setiap hari.
Jus delima mengurangkan lesi aterosklerosis. Satu kajian dari Institut Teknologi Technion Israel menunjukkan proses pendoksidaan kolesterol (penyakit lesi aterosklerotik yang menyempitkan arteri dan menyebabkan penyakit jantung) diperlahankan sehingga 40 peratus apabila subjek (seseorang) yang sihat meminum 2-3 auns jus delima setiap hari selama seminggu.
Jus Delima juga mengurangkan bendungan LDL, kolesterol ‘buruk’ yang membentuk lesi aterosklerosis selepas pengoksidaan.
“Buah delima terbukti sebagai antioksidan yang paling baik, berbanding tomato, Vitamin E dan beberapa sumber makanan lain.” Kata Professor Michael Aviram dari makmal penyelidikan Lipid, Institut Teknologi Technion Israel yang mengetual pasukan tersebut.
Profesor Aviram terkenal di peringkat antarabangsa berhubung kajian mengenai kesan makanan terhadap penyakit jantung.
Beliau percaya, tidak mustahil ramai pesakit kardiovaskular yang berisiko tinggi tidak perlu menjalani pembedahan pintasan jantung dan carotid Cuma dengan meminum JUS DELIMA.
Dalam kajian awalnya, apabila tikus yang mudah mendapat ateroskelerosis diberi jus delima selama 11 minggu, arteri tikus itu hanya mempunyai separuh daripada lesi yang terdapat pada tikus yang tidak diberikan jus delima. Ini mengukuhkan lagi bukti bahawa jus delima mampu memperlahan atau mencegah pembentukan lesi dalam manusia.
Dalam kajian berikutnua yang mengunakan arteri manusia, Professor Aviram menunjukkan ramuan aktif dalam buah delima bukan saja memperlahankan pengoksidaan kolesterol tetapi sebenarnya meminimumkan bendungan dan agri\egasi kolesterol LDL, dua proses tambahan yang membentuk lesi aterosklerosis. Lesi ini berkurang jika kolesterol tidak terbendung, mengalami pengoksidaan dan akhirnya berkumpul.
Apabila subjek berhenti meminum jus delima kebaikannya Cuma bertahan selama sebulan sahaja.
Kajian terbaru Professor Aviram membabitkan Cuma 19 pesakit (5 wanita dan `14 lelaki yang berusia 65-75 tahun) dengan masalah stenosis carotid arteri yang teruk 10 pesakit dipilih untuk menerima 250ml (8.3 auns) 100 peratus jus delima sehari, sementara 9 pesakit lain diberikat ubat penawar (placebo).
Selepas setahun, pesakit yang meminum jus delima memperlihatkan peningkatan 9 peratus dalam ketebalan arteri mereka, bermakna arteri mereka menjadi semakin kurang tegar. Pesakit yang meminum jus menunjukkan penurunan Cuma dalam tempoh 3 bulan meminum jus.
Selepas iatu terdapat beberapa kebaikan lain misalnya sementara tekanan darah kumpulan tuntk mengambil placebo tidak berubah. Tekanan sistolik (nombor atas) mereka yang meminum jus delima naik dari kadar purata 174 kepada 162mm Hg dalam tempoh sebulan. Malah ia terus turun kepada purata 172mmHg menjelang 12 bulan.
Peminum jus delima juga mempunyai para darah bagi kolesterol yang teroksida lebih rendah dan banyak antioksidan.
Penemuan ini mengesahkan penemuan terdahulu iaitu lesi aterosklerosis dalam tikus berkurang saiznya sebanyak 44 peratus apabila diberikan jus delima.