Saya dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana. Ayah saya seorang yang tegas dan bekerja di JKR sebagai Pembantu Jurutera, Ibu saya pula berkecimpung dalam politik dan kerja sukarelawan, khususnya membantu kerja2 untuk gereja St. Micheal dan juga untuk sekolah St. Joseph dan St. Micheal di Penampang. Ibu saya seorang AJK di Kaum Ibu USNO.

Saya masih ingat lagi mengikuti Ibu saya ke rumah YBhg, Datuk Malik Jangkat di jalan Tuaran dan juga ke rumah Tun Mustapha di Tg Aru dan beberapa rakan2 seperjuangan beliau. Dalam kerja2 untuk membersih barang2 tembaga/haisan, mengemas dan menyusun bunga2 di gereja St. Micheal dan juga setiap Hari Jumaat kami akan ke sana untuk membersih dan mempersiapkan kerja untuk acara sembayang pada Hari Sabtu dan Hari Ahad. Rumah kami terletak di bawa bukit Gereja St. Micheal, Penampang , tapi saya dihantar oleh ibubapa menuntut di St Francis Convent, Kota Kinabalu dari Tadika hingga lah ke Tingkatan 5 sains.

Daripada lima orang adik-beradik, saya anak bongsu yang manja kerana hanya seorang perempuan. Saya mempunyai kasih sayang dari kedua ibu-bapa , abang-abang serta macik2 saya (adik2 Ayah saya). Ma cik Philippa adalah juga ‘God-mother’ saya, dan saya sering mengikuti mereka dan juga selalu jadi ‘Flower-girl’ bila macik saya jadi pengapit (Bridesmaid). Apabila sudah remaja , saya pun banyak-kali jadi ‘Bridesmaid”. Sukar bagi saya untuk membayangkan betapa gembiranya apabila saya di minta jadi “flower-girl’ atau “Bridesmaid” kerana masa itu kitalah saya akan guna baju yang cantik2 dan bergambar dengan Pengantin yang juga Raja sehari..hehehe…

Pada tahun 1963, saya sudah berkesempatan ke Singapore, waktu itu abang saya, mendiang Julius dihantar ke sana untuk berubat kerana beliau mendapat sakit bila mengambil bahagian dalam pertandingan tinju /boxing di sekolah St. Micheal. Sewaktu itu saya baru berumur 5 tahun, dan ada juga kes dimana saya telah dilangar teksi sewaktu menunggu bas bersama Ibu dan saudara-mara di depan Hospital Tan Tock Sing, Singapore. Saya terhumban kira2 200 meter bila teksi itu melanggar saya sewaktu berdiri di tepi jalan. Syukur, saya selamat cuma cedera ringan.

Tadir Tuhan pula menimpa kerana abang saya. Julius (16 tahun) meninggal semasa tersalah disuntik “penicillin” di hospital di Singapore dan dikebumikan di sana.. Walau bagaimanapun pada awal 1900an, IbuBapa saya ke Singapore untuk ‘exhume’ remainsnya kerana kawasan perkuburan di Singapore itu nak dimajukan. Jadi tulang2/remainsnya di cremate/bakar dan ‘urn’ yang mengandungi ‘ashes’ nya dbawa balik dan dikubur di dekat Mendiang Nenek kami di tanah perkuburan Gereja St. Micheal.…sekarang saya tahu bahawa bapa saya juga ‘allergic’ ubat itu.

..akan di sambung…..